TMJ tinggalkan bola sepak jika JDT kalah kepada KL City - Utusan Malaysia

TMJ tinggalkan bola sepak jika JDT kalah kepada KL City

TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Johor Darul Ta’zim (JDT) tiada pilihan kecuali mengalahkan Kuala Lumpur City (KL City) dalam perlawanan Sumbangsih esok jika tidak mahu kehilangan ‘bos’ mereka, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) dalam statusnya di media sosial hari ini berkata, beliau akan berundur sekiranya Harimau Selatan gagal mempertahankan kejuaraan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

“Jikalau kalah esok, saya tinggalkan bola sepak sepenuhnya dan tidak akan terbabit lagi dengan apa-apa aktiviti bola sepak dalam negara,” katanya dalam akaun Instagram miliknya.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh pemilik JDT itu memperlihatkan betapa yakinnya Harimau Selatan untuk menewaskan KL City FC biarpun pasukan yang ditentang adalah lawan yang mengalahkan mereka 2-0 dalam final Piala Malaysia, 30 November lalu.

Tunku Ismail menerusi satu temubual bersama stesen televisyen swasta sebelum ini pernah memberi jaminan bahawa peristiwa pahit pasukan itu kalah 0-2 di tangan KL City di final Piala Malaysia musim lalu tidak akan berulang lagi

“Masa lawan Kuala Lumpur, kita kalah di (final) Piala Malaysia 2-0 bukan kerana Kuala Lumpur lebih baik daripada kami, saya boleh jamin. Kalau esok itu juga awak suruh lawan Kuala Lumpur, benda itu tidak akan berlaku dan benda itu tidak akan berlaku lagi.

“Tapi kita buat kesilapan individu, mungkin hilang fokus atau sebagainya dan kita kalah. Memang hari itu orang kata tak ada nasib, empat lima peluang di depan gol masa babak pertama tak masuk, kena tiang dan sebagainya.

“Jadi tiada nasib. Tapi saya tahu yang benda itu tidak akan berlaku lagi dan saya boleh jamin. Ia kerana saya yakin dengan pemain yang ada dalam pasukan ini, bukan nak cakap besar,” katanya.x

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.