'TMJ Janganlah bersara. 'Satgi' saya tak ada saingan' - Sanusi - Utusan Malaysia

‘TMJ Janganlah bersara. ‘Satgi’ saya tak ada saingan’ – Sanusi

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mengharapkan pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak bersara dari dunia bola sepak tanah air.

Meskipun mengakui hak untuk bersara merupakan pilihan masing-masing, namun, Muhammad Sanusi  berkata, persaraan biasanya merujuk kepada golongan berusia.  

 Selain itu, katanya, tindakan sedemikian juga dikhuatiri mengurangkan saingan dalam arena bola sepak tempatan.

“Bersara atau tidak, itu pilihan masin-masing. Orang bersara dah tua, tapi kalau muda lagi, hendak bersara apa?

“Orang tua pun main bola lagi, jadi janganlah bersara. ‘Satgi’ (nanti) saya tak ada saingan pula,” katanya dalam sidang akhbar selepas Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Kedah serta melancarkan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) peringkat negeri Kedah di sini hari ini.

Sehari sebelum berlangsungnya perlawanan sumbangsih semalam, Tunku Ismail memuat naik kenyataan di akaun instagram bahawa baginda akan meninggalkan bola sepak sepenuhnya dan tidak akan terbabit lagi dengan sebarang aktiviti bola sepak dalam negara sekiranya JDT tewas kepada Kuala Lumpur City (KL City) FC.

Bagaimanapun, dalam perlawanan itu,  JDT cemerlang membenam KL City 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor hasil jaringan Nazmi Faiz Mansor, Fernando Forestieri dan Afiq Fazail, malam tadi.

Sementara itu, Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah turut mengucapkan tahniah kepada JDT di atas kemenangan berkenaan.

“Saya pergi ke Johor baru-baru ini, orang Johor pun ‘ok’ saja. ‘Steady’ orang Johor,” katanya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.