Sambutan 100 tahun yang malang buat bola sepak Perak - Utusan Malaysia

Sambutan 100 tahun yang malang buat bola sepak Perak

PENYOKONG Perak amat berharap malang yang menimpa bola sepak negeri itu mampu dipulihkan segera. - IHSAN PERAK FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Peminat bola sepak Perak menyifatkan sambutan 100 tahun bola sepak Perak tahun ini sebagai yang paling malang.

Tidak cukup dengan pasukan utama akan tampil dalam Liga Perdana kini dua pasukan remaja iaitu skuad Piala Presiden dan Belia tidak boleh mengambil bahagian dalam pertandingan kali ini.

Berita mengenai larangan Perak beraksi dalam kedua-dua pertandingan itu disahkan oleh Setiausaha Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Kumpulan penyokong Perak yang paling lantang menyuarakan kekecewaan ialah Ahli kelab Peminat Bola Sepak Perak (KPBP), kelab penyokong tertua di Perak.

“Sungguh memalukan. Ini tidak pernah berlaku kepada bola sepak Perak apabila dua pasukan ubi muda tidak boleh beraksi.

Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) dan Impact Media Communications Sdn. Bhd. (IMC) bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku ini, ” kata seorang peminat yang hanya mahu dikenali sebagai Zakaria.

Menurutnya, keserabutan Pafa berikutan perebutan kuasa dalam persatuan itu menyaksikan usaha menyelamatkan pasukan Perak terhalang.

Katanya, KPBP memang kecewa dan kesal dengan apa yang berlaku. Kini nasi sudah menjadi bubur.

“Carilah jalan bagaimana kemelut ini boleh diselesaikan,”. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya