Racing Boy komited sokong pelumba tempatan - Hafizh - Utusan Malaysia

Racing Boy komited sokong pelumba tempatan – Hafizh

Hafizh Syahrin Abdullah (tiga dari kanan) bersama Bruce Lee (tiga dari kiri) pada majlis pengumuman tajaan RCB untuk pelumba negara itu di Kuala Lumpur, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Racing Boy (RCB) terus komited membantu sukan pemotoran di negara ini apabila pembekal alat ganti dan aksesori motosikal itu membantu pelumba-pelumba tempatan berkembang di pentas antabangsa.

Antara pelumba tempatan yang menerima manfaat daripada kepakaran RCB adalah Hafizh Syahrin Abdullah yang bakal  membuat penampilan sulung dalam Kejuaraan Superbike Dunia, April ini bersama pasukan MIE Honda Racing dan juga Kasma Daniel Kasmayudin yang beraksi dalam Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC).

“Apabila saya menyertai Kejuaraan Motosikal Dunia bagi kelas Moto2 serta MotoGP dan sekarang Kejuaraan Superbike Dunia, RCB terus bersama saya dan saya berjanji akan memberikan yang terbaik untuk aksi musim ini.

“Saya ucapkan terima kasih kepada RCB kerana percaya kepada kemampuan saya dan sentiasa menyokong saya sebagai pelumba yang membawa jenama Malaysia,” kata Hafizh Syahrin yang telah bersama RCB selama lebih 10 tahun sejak berlumba dalam Cub Prix dan ARRC lagi.

Menurutnya, selagi ada produk tempatan seperti RCB terus menyokong pelumba Malaysia, sukan pemotoran negara ini akan terus berkembang.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MKA, Bruce Lee Cong Quan memberitahu, syarikatnya itu mula mengorak langkah dalam Kejuaraan Motosikal Dunia bagi kelas MotoGP sejak 2014 bersama pasukan Yamaha Factory Racing.

Hafizh Syahrin Abdullah (tiga dari kanan) bersama Bruce Lee (tiga dari kiri) pada majlis pengumuman tajaan RCB untuk pelumba negara itu di Kuala Lumpur, semalam.

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.