ACAPULCO: Alexander Zverev melengkapkan kemenangan ke atas pemain Amerika Syarikat, Jenson Brooksby pada kejohanan tenis Terbuka Mexico ATP pada pukul 4.55 pagi waktu tempatan semalam, rekod perlawanan paling pewat berakhir dalam sejarah tenis profesional.
Selepas bertarung selama tiga jam, 19 minit, pemain No. 3 dunia dari Jerman itu dua kali menyelamatkan mata permainan sebelum menang 3-6, 7-6 (12/10), 6-2 ke atas pemain ke-47 dunia, Brooksby.
Ini adalah perlawanan paling lewat dalam sejarah tenis sejak pertembungan Terbuka Australia 2008 antara Lleyton Hewitt dan Marcos Baghdatis berakhir pada pukul 4.34 pagi.
So much respect.
?: @TennisTV | @AbiertoTelcel | #AMT2022 pic.twitter.com/nEpsAqQS1I
— ATP Tour (@atptour) February 22, 2022
“Sekarang saya gembira kerana menang.
“Saya tidak tahu bagaimana perasaan Jenson, ia pasti sukar tetapi gembira menjadi sebahagian daripada sejarah.
“Ini adalah pertempuran yang luar biasa,” kata juara Olimpik, Zverev yang turut sebagai juara bertahan.
Zverev kini akan menentang rakan senegara, Peter Gojowczyk pada pusingan 16 akhir.