Manchester United cicir mata lagi - Utusan Malaysia

Manchester United cicir mata lagi

CRISTIANO RONALDO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Manchester United terlepas peluang untuk mengukuhkan kedudukan kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris selepas diikat 0-0 dalam perlawanan mengecewakan menentang Watford di Old Trafford, sebentar tadi.

Memiliki banyak peluang keemasan untuk menutup perlawanan dengan kemenangan, Red Devils bagaimanapun gagal memanfaatkan percubaan, terutama menerusi Bruno Fernandes dan Cristiano Ronaldo.

United masih kekal di tangga keempat dengan 47 mata, namun boleh dipintas bila-bila masa oleh Arsenal yang berkedudukan kelima (45) kerana Gunners memiliki kelebihan tiga perlawanan dalam tangan.

Pada separuh masa pertama, United melakukan 10 percubaan tetapi hanya satu tepat ke gawang, namun diselamatkan pasukan pelawat.

CRISTIANO Ronaldi dikawal ketat pertahanan Watford. – AFP

Watford hampir tidak mempunyai penguasaan bola, dan gembira membiarkan United mengawal permainan asalkan pintu gol mereka tidak dibolosi.

Separuh masa kedua menyaksikan perkara sama berlaku, dengan peluang terbaik United hadir pada minit ke-56.

Anthony Elanga, yang menjaringkan gol penyamaan ketika menentang Atletico Madrid dalam aksi Liga Juara-Juara pertengahan minggu lalu berpeluang menjaringkan gol tetapi rembatannya tersasar.

United mensia-siakan peluang terbaik untuk mengutip tiga mata penuh kerana minggu depan mereka bakal berdepan tugas sukar, menentang pendahulu, Manchester City di Etihad sebelum menerima kunjungan Tottenham pada 13 Mac.

Tottenham yang gagal menunjukkan aksi konsisten sejak akhir-akhir ini membelasah Leeds United 4-0 malam ini untuk menghidupkan semula harapan mencabar kelompok empat teratas. – AGENSI

KEPUTUSAN LIGA PERDANA INGGERIS

Man. United    0-0 Watford
Brentford 0-2 Newcastle
Crystal Palace 1-1 Burnley
Leeds United 0-4 Tottenham

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN