fbpx

Malaysia sudah pincang sejak awal

Malaysia
PEMAIN Malaysia gagal menyaingi Laos dalam perlawanan kedua Kumpulan B, Kejohanan AFF Bawah 23 di Kemboja, Februari lalu.

PETALING JAYA: Tidak adil untuk menyalahkan pemain semata-mata atas kegagalan Malaysia dalam Kejohanan Persekutuan Bola sepak ASEAN (AFF) Bawah 23 tahun (B-23). Ini kerana mereka sebenarnya ‘mangsa’ kepinca­ngan sistem bola sepak negara.

Kelmarin, skuad bimbingan Brad Maloney tumpas 0-2 kepada Laos, iaitu kekalahan ke­dua kepada lawan sama selepas kalah 1-2, Jumaat lalu.

Bekas Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Lim Teong Kim berkata, Persatuan Bola­sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) gagal menyediakan platform terbaik untuk pemain muda berkembang.

ONG KIM SWEE

Bekas Ketua Jurulatih B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee pula percaya, akademi bola sepak yang wujud di Malaysia sudah mencukupi, malang­nya jumlah perlawanan untuk pemain muda terlalu kurang.

Kata Kim Swee, dengan memiliki lebih banyak aksi kompetitif dalam negara, pemain akan mendapat pengalaman profesional, malah barisan kejurulatihan lebih mudah memilih kesebelasan utama.

“Saya rasa akademi yang ada memang mempunyai ramai pemain. Mereka cuma perlu diberi peluang beraksi dalam liga remaja. Liga yang mengikut peringkat umur supaya mereka tahu sejauh mana kemampuan dan prestasi di atas padang.

“Liga peringkat remaja kita tidak banyak. Di luar negara pemain belasan tahun akan bermain dalam 30 hingga 40 perlawanan sepanjang tahun.

“Kita perlu realistik kerana tidak semua pemain belasan tahun mampu bersaing dengan prestasi yang sama dalam skuad senior. Tetapi setidak-tidaknya liga remaja pentas awal untuk mempamer bakat,” kata Ketua Jurulatih Sabah itu kepada Utusan Malaysia.

STATUS Lim Teong Kim dalam Instagram.

Sementara itu, Teong Kim berkata, bola sepak Malaysia tidak akan maju selagi sistem di peringkat remaja tidak diperbe­tulkan.

“Pembangunan seseorang pemain mesti melalui proses pembangunan muda yang bersistematik dan ini tidak ada di Malaysia,” katanya di Instagram. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!