KPT-Masum naik pangkat ke Liga Premier - Utusan Malaysia

KPT-Masum naik pangkat ke Liga Premier

PASUKAN KPT-Masum Knights meraikan kejayaan menewaskan pasukan Labuan Drillers dalam separuh akhir Divisyen 1, STL 2021/2022 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih KPT-Masum Knights, Ahmad Sufi Mohamed Hashim mengalirkan air mata gembira selepas menyaksikan anak-anak buahnya menjejakkan kaki ke final Divisyen 1, Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) sebentar tadi, sekali gus mengesahkan tiket ke saingan Premier musim depan.

Biarpun serba pincang apabila beraksi tanpa beberapa pemain akibat kecederaan, namun mereka masih mampu menumpaskan Labuan Drillers 2-1 di Stadium Titiwangsa, di sin sebentar tadi.

Dalam set pertama, Labuan yang turun selaku ‘underdog’ melakar kemenangan sengit 25-24 sebelum KPT-Masum mengikat kedudukan menjadi 1-1 dengan keputusan 22-20 untuk mengheret saingan ke aksi penentuan.

Permainan yang disambung dalam set ketiga, KPT-Masum tidak lagi menoleh ke belakang apabila menundukkan skuad bimbingan Mohd. Saiful Nizam Mohd. itu dengan kemenangan mudah 21-8.

‘KILLER’ KPT-Masum Knights, Amir Fuzi menanduk bola ke dalam kawasan Labuan Drillers dalam separuh akhir Divisyen 1 STL 2021/2022 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur hari ini. – UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI

Ahmad Sufi yang merupakan bekas pemain kebangsaan ketika ditemui Utusan Malaysia berkata, faktor kemenangan pasukannya hari ini, adalah daripada semangat kerjasama yang wujud dalam pasukan bagi mengekalkan momentum sepanjang permainan.

“Tanpa mengenal erti putus asa para pemain bangkit untuk mencatat kemenangan bagi menempah tempat ke final,” katanya.

Selain mara ke pentas akhir, KPTM-Masum turut dijamin tempat ke Liga Premier pada musim depan dan berpeluang beraksi dalam Piala Juara-Juara yang akan berlangsung di Johor, Mac ini.

AMIR Fuzi melibas bola ketika membantu KPT-Masum menumpaskan Labuan Drillers dalam separuh akhir Divisyen 1 STL 2021/2022 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur hari ini. – UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI

KPT-Masum yang diperkuatkan dengan pemain-pemain universiti akan menentang sama ada Kedah Eagles atau Melaka Titans yang akan turun ke gelanggang dalam satu lagi separuh akhir yang berlangsung pukul 8.30 malam ini.

Mengulas mengenai aksi final esok, Ahmad Sufi memberitahu, jika diberi pilihan dia berhajat untuk bertemu Kedah Eagles yang dibarisi pemain lebih muda berbandingMelaka Titans yang diperkuatkan rata-rata pemain berpengalaman.

“Saya kalau boleh pilih siapa lawan KPT-Masum, saya mahu bertemu Kedah. Pasukan kami dibarisi pemain yang masih muda dan Melaka pula jauh lebih berpengalaman,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya