Kanser jadikan saya lebih kuat - Brendan - Utusan Malaysia

Kanser jadikan saya lebih kuat – Brendan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Brendan Gan berkongsi emosi saat dirinya disahkan menghidap kanser ketika bercakap kepada penyokong Selangor dalam sesi perkongsian sempena Hari Kesedaran Kanser Sedunia 2022 hari ini.

“Terkedu dan tidak tahu apa hendak diperkatakan, kira-kira 10 minit selepas doktor mengesahkan saya menghidap kanser. Apakah saya akan mati? Dunia saya berubah 360 darjah,” itu luahan Brendan yang mengundang sebak orang ramai dalam program ‘Let’s Cope With A Neon Hope’ yang dianjurkan oleh Selangor FC di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid.

Pada Julai lalu, bintang tengah kelahiran Sutherland, Australia itu disahkan menghidap kanser testis, namun Brendan bernasib baik melakukan pemeriksaan awal dan penyakit tersebut berjaya dirawat.

“Saya bertuah kerana berjaya melawan penyakit ini dan berterima kasih kepada kelab, rakan-rakan sepasukan, penyokong serta pihak media yang banyak memberikan saya kekuatan di saat saya mengalami kesukaran.

“Walaupun hanya mesej apa khabar dari rakan-rakan sudah cukup membantu saya untuk berjuang dan sejujurnya ia banyak memberikan saya semangat dan walaupun kecil, itulah pentingnya sokongan rakan-rakan,” kata Brendan.

Menurut Brendan, doktor yang merawatnya memberitahu, dia bertuah kerana melakukan pemeriksaan lebih awal atau keadaan mungkin akan menjadi bertambah buruk.

Katanya, sebaik sahaja menerima berita buruk itu, perkara pertama yang bermain di fikirannya, bagaimana hendak memberitahu keluarga, terutama isteri dan anaknya yang ketika itu berada di luar negara.

“Saya juga berdepan kesukaran untuk memberi kedua ibu bapa menerusi di Facetime,” kata Brendan.

Brendan, 34, yang sudah kembali berlatih bersama pasukan utama Selangor bagaimanapun berkata, perjuangan melawan kanser menjadikan dia kini lebih kuat.

Malah, dia amat bersemangat untuk membantu Gergasi Merah mengharungi Liga Malaysia (Liga M) 2022.

Program Let’s Cope With A Neon Hope turut dihadiri Presiden Persatuan Bolasepak Selangor, Raja Muda Selangor (RMS) Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya