Yob kena segera bangkit - Acap - Utusan Malaysia

Yob kena segera bangkit – Acap

APIT kanan Negeri Sembilan Antlers, Hafizul Hayazi Adnan (tengah) melakukan libasan ketika menentang Perak Bison dalam Emas Anuar Liga Sepak Takraw 2021/2022 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Muhamad Asyraaf Abdul Hadi berharap Perak Bison tidak mengulangi kesilapan yang menyaksikan mereka tumpas empat perlawanan berturut-turut dalam saingan Emas Anuar Liga Sepak Takraw ( STL) 2021/2022 apabila kembali ke gelanggang hari ini.

Bagi Apit kiri Perak itu kelemahan mereka ialah ketika bertahan terutama semasa mengambil servis tekong lawan.

“Kami perlu atasi kelemahan itu yang menyebabkan lawan memperolehi mata mudah terutama semasa tie-break,” kata pemain itu.

Menurut Asyraff atau lebih terkenal dengan panggilan Acap, Bison sebenarnya tidak jauh ketinggalan dengan pasukan-pasukan lain dari segi permainan.

Semalam, Bison mengalami kekalahan keempat selepas tumpas 14-21, 24-22, 14-21 kepada Negeri Sembilan Antlers.

Perak perlu segera memperbaiki kelemahan untuk tidak dihukum lagi apabila berdepan juara Divisyen 1 musim lalu, Bomba Fighters hari ini.

Menurut pelatih kem kebangsaan bagi persiapan ke Sukan SEA Vietnam itu, Bison tidak boleh keciciran mata lagi agar jurang dengan pasukan di atas tidak terlalu jauh.

Anak-anak buah Suhairi Abd Aziz ketika ini berada di kelompok bawahan dengan hanya mengutip dua mata hasil satu kemenangan. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya