‘Si panjang’ jadi taruhan Selangor Pistons - Utusan Malaysia

‘Si panjang’ jadi taruhan Selangor Pistons

TEKONG tinggi lampai, Haziq Hairul Nizam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua tekong muda Selangor Pistons, Haziq Hairul Nizam dan Zuhri Zain bukan sekadar memiliki ketinggian yang dicemburui ramai, malah aksi dipamerkan dalam Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/22 memberi gambaran terhadap rejaman tajam yang menjadi senjata mereka.

Melihat aksi dipamer Haziq dan Zuhri, yang masing-masing memiliki ketinggian 1.93 (m) meter serta 1.94m, dua ‘ubi muda’ berusia 20 tahun dalam dua aksi pertama, jelas mereka mampu melangkah jauh.

“Mereka berbakat besar, malah ketinggian ideal yang dimiliki Haziq dan Zuhri memberi kelebihan kepada posisi mereka selaku tekong.

“Hanya masa yang akan mematangkan permainan mereka. Kedua-dua pemain ini masih muda dan mereka amat memerlukan pendedahan yang sewajarnya bagi meningkatkan permainan mereka,” kata kapten Selangor Pistons, Farhan Adam kepada Utusan Malaysia.

Dalam dua perlawanan pembukaan, Selangor Pistons kini mengumpul dua mata setelah mencatat kemenangan ke atas Johor Tigris dan tewas kepada Negeri Sembilan Antlers.

Menurut Farhan, Haziq mahupun Zuhri memiliki prospek untuk menjadi tekong digeruni lawan dan dia amat berharap dalam perlawanan akan datang kedua-dua tekong tersebut dapat mempamerkan permainan yang lebih kemas bagi membantu pasukan meraih mata.

“Dalam saingan liga, pungutan mata amat penting dan fokus kami adalah untuk mengurangkan kesilapan. Sebab itu, selepas dua perlawanan kami telah membuat perbincangan bagi mencari kelemahan serta kesilapan kami.

“Amat penting untuk kami mengenal pasti kesilapan yang dilakukan dalam perlawanan sebelum ini. Kami perlu perbaiki mana yang patut, tiga perlawanan menanti kami, hujung minggu ini,” ujarnya.

Selangor Pistons bakal berdepan pendatang baharu Liga Premier, Bomba Fighters, hari ini, sebelum melayan Penang Black Panthers dan Kuala Lumpur (KL) Thunder pada Sabtu serta Ahad.

Mengulas mengenai tiga perlawanan tersebut, apit kiri Selangor Pistons itu memberitahu, dia perlu waspada dengan aksi bertemu KL Thunder dan pasukannya mesti mempamerkan permainan pada tahap terbaik bagi menentang juara bertahan tersebut.

Selain itu, jelas Farhan, cabaran Penang Black Panthers juga wajar diberi perhatian kerana pertemuan kedua-dua pasukan bakal menyaksikan pertembungan skuad yang dibarisi ‘ubi-ubi muda’.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya