Respect FC bersandar kepada pengalaman - Utusan Malaysia

Respect FC bersandar kepada pengalaman

BARISAN pemain yang akan menggalas cabaran Respect FC dalam Liga M3 musim 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Wakil Perak, Respect FC menyandarkan harapan kepada pengalaman dan bakat sedang meningkat naik dalam menghadapi saingan Liga M3 2022 yang akan membuka tirainya pada 12 Februari depan.

Pasukan yang berpangkalan di Ipoh itu diperkuatkan dengan kehadiran beberapa pemain berpengalaman luas dalam kancah liga bola sepak tanah air.

Antara pemain mereka ialah R. Surendren, Mohd. Hafiz Kamal, Mohd. Nazrin Nawi, Mohd. Fazrul Hazli Mohd Kadri, Abdul Aziz Ismail, Hamizul Izaidi Zulkefli dan Khairul Amri Salehuddin.

Mereka pada satu ketika pernah menjadi tonggak pasukan Perak dalam Liga Super.

Malah, pemain lain yang memperkuatkan pasukan ini juga turut pernah merasai pengalaman beraksi di pentas Liga Super, Liga Premier dan Piala Presiden.

Sehubungan dengan kualiti baik dimiliki, pengurusan Respect FC turut meletakkan harapan tinggi dengan mensasarkan untuk melayakkan diri ke saingan Liga Premier 2023.

Berdasarkan undian, Respect FC berada dalam kumpulan B bersama Perlis United, Tok Janggut Warriors FC, Harini KS FC, Kijang Rangers FC, BRM FC, Kuala Lumpur Rovers FC, Bukit Tambun FC, PIB FC dan Real Chukai FC.

Perlawanan sulung Respect FC ialah menentang kelab senegeri, BRM FC dalam perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Chemor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya