Red Devils semakin ‘bernafsu’ - Utusan Malaysia

Red Devils semakin ‘bernafsu’

PEMAIN Manchester United meraikan kejayaan menumpaskan Burnley dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, Manchester semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Ralf Rangnick menegaskan, Manchester Uni­ted mungkin meletakkan sasaran lebih tinggi dalam baki kempen Liga Perdana Inggeris selepas cemerlang menumpaskan Burnley 3-1 di Old Trafford semalam.

Kemenangan itu memboleh­kan Red Devils mendaki ke tangga keenam dengan hanya empat mata dipisahkan di belakang pasukan tempat keempat, Arsenal.

Jaringan Scott McTominay dan Cristiano Ronaldo, selain gol sendiri pemain lawan yang berpunca daripada rembatan Jadon Sancho membolehkan United mengubat kecewa selepas seri 1-1 dengan bermasalah, Newcastle dalam aksi terakhir.

RALF Rangnick percaya Manchester United mampu mencatat penamat yang baik dalam Liga Perdana musim ini.

“Saya tidak mengatakan tangga keempat adalah minimum.

“Ketika ini, lapan perlawanan berturut-turut tanpa kekalahan, ia langkah yang bagus untuk pembangunan seterusnya,” kata pengendali sementara dari ­Jerman itu.

Dengan jendela perpindahan pemain akan dibuka hari ini, pengendali berusia 63 tahun itu berhati-hati dengan idea untuk memperkukuhkan skuad dan mengakui tidak berbincang lagi mengenai pembelian baharu.

“Fokus saya adalah kepada pemain sedia ada.

“Seperti yang saya katakan, kami mempunyai pemain yang mencukupi dalam skuad, jadi perpindahan akan terjadi sekiranya ia benar-benar membantu pasukan.

“Setakat ini, kami belum bercakap mengenainya. Fokus saya dalam beberapa minggu terakhir ini adalah pada skuad semasa,” katanya.

CRISTIANO Ronaldo (kiri) meraikan jaringannya bersama Edinson Cavani.

Rangnick memuji jentera serangannya dalam kemena­ngan ke atas Burnley dengan menegaskan ia ‘jauh lebih baik’ daripada perlawanan mereka sebelum ini.

“Serangan kami pada babak pertama adalah yang terbaik pernah saya lihat sejak tiba di sini. Setiap kali mendapat bola, kami melakukan banyak gerakan hebat, mencari peluang dan ruang.

“Selepas gol pertama, kami mengawal permainan tetapi kami juga melepaskan satu gol. Saya melihat banyak tenaga,” katanya.

United akan menerima kunjungan Wolverhampton dalam perlawanan seterusnya, Selasa depan, sebelum berdepan Aston Villa pada pusingan ketiga Piala FA. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya