Raducanu berkilauan lepasi halangan Terbuka Australia - Utusan Malaysia

Raducanu berkilauan lepasi halangan Terbuka Australia

EMMA RADUCANU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Bukan hanya prestasi Emma Raducanu berkilauan pada tenis Terbuka Australia apabila melepasi halangan pertama kelmarin, malah dia turut menyinar de­ngan menggayakan barangan kemas Tiffany bernilai 40,000 pound (RM228,000) sepanjang perlawanan.

Remaja sensasi Britain berusia 19 tahun itu yang menandatangani kontrak mewah 2 juta pound (RM11.40 juta) bersama Tiffany, September lalu menang 6-0, 2-6, 6-1 ke atas Sloane Stephens dari Amerika Syarikat (AS).

Beraksi di gelanggang utama, dia amat kelihatan ‘bersinar’ dengan memakai ge­lang 18,900 pound (RM107,750) digabungkan dengan cincin 4,975 pound (RM28,300) dan anting-anting 2,575 pound (RM15,000).

Raducanu yang beraksi dalam undian utama Grand Slam buat kali pertama sejak kejayaan menjuarai Terbuka AS tahun lalu turut memakai loket besar bernilai 9,875 pound (RM56,300) dan pautan gelang 3,700 pound (RM21,000).

“Rancangan asal saya adalah bermain agresif sejak awal dan hari ini, saya menikmati perlawanan.

“Penonton sanggup me­nunggu sehingga lewat malam bagi memberi sokongan dan itu menjadikan saya lebih beremangat,” kata Raducanu yang akan berdepan Danka Kovinic dari Montenegro hari ini.

Turut meneruskan kemaraan bintang tuan rumah yang juga pemain No. 1 dunia dan juara Wimbledon, Ashleigh Barty.

Juara bertahan, Naomi ­Osaka dari Jepun juga melepasi halangan awal. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN