Pan-gon kena 'buat kerja' lebih cepat - Utusan Malaysia

Pan-gon kena ‘buat kerja’ lebih cepat

KIM PAN-GON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Memandangkan waktu yang dimiliki Kim Pan-gon untuk menyiapkan pasukan bagi menghadapi kelayakan Piala Asia 2023 terlalu suntuk, pengendali baharu Harimau Malaya itu perlu bertemu jurulatih-jurulatih kelab Liga Malaysia (Liga M) sebaik sahaja tiba di negara ini.

Menunggu sehingga liga bermula untuk ‘berkenalan’ de­ngan pemain menyebabkan jurulatih kelahiran Korea Selatan itu tidak mempunyai waktu yang cukup untuk mengkaji skuad bola sepak negara.

Pan-gon, 52, dijangka tiba di negara ini awal bulan depan, manakala Liga M hanya akan membuka tirai pada 5 Mac.

“Sebelum liga bermula, Pan-gon diharap dapat mengadakan pertemuan bersama jurulatih-jurulatih pasukan yang beraksi dalam Liga Malaysia untuk mendapatkan maklumat bagi memilih pemain yang berada dalam senarai ‘dimahukan’.

“Pan-gon harus mendapatkan gambaran sebenar tentang pemain-pemain yang bakal dipilihnya sama ada menerusi pegawai dan pengarah teknikal FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia).

“Sekiranya dia tidak mendapat seluruh maklumat pemain, mungkin perkara ini akan mengambil masa yang lama,” kata penganalisis sukan tanah air, Dr. Pekan Ramli kepada Utusan Malaysia.

PEKAN RAMLI

Katanya, dengan kelayakan Piala Asia 2023 akan berlangsung pada Jun, bekas jurulatih Hong Kong itu hanya mempu­nyai tempoh empat bulan untuk mengenali pemain serta pasukan yang bakal dibimbing.

Meletakkan seorang jurulatih tempatan dalam barisan kejurulatihan Pan-gon juga mampu membantunya lebih cepat memahami sistem bola sepak negara ini.

Pan-gon, 53, dilantik membimbing skuad negara dengan kontrak dua tahun bagi menggantikan Tan Cheng Hoe yang melepaskan jawatannya awal bulan ini susulan kegagalan dalam Piala AFF di Singapura bulan lalu.

Beliau akan turut dibantu empat pegawai dari Korea Selatan bagi membantunya terdiri daripada penolong jurulatih, jurulatih penjaga gol, pembantu teknikal dan penganalisis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya