Pan Gon jurulatih baharu Harimau Malaya - Utusan Malaysia

Pan Gon jurulatih baharu Harimau Malaya

KIM PAN GON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Ketua Jurulatih Hong Kong, Kim Pan Gon diumum sebagai pengendali baharu Harimau Malaya.

Pelantikan Pan Gon diumumkan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Pertama Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2021-2025 di Kelana Jaya di sini, hari ini.

Katanya, FAM menerima banyak permohonan dari seluruh dunia untuk mengisi jawatan yang dikosongkan oleh Tan Cheng Hoe, namun jurulatih dari Korea Selatan itu dipilih selepas melakukan penilaian rapi.

Katanya, jurulatih berusia 52 tahun itu diberikan kontrak dua tahun dengan pilihan akan disambung sekiranya berjaya meningkatkan persembahan skuad Harimau Malaya atau FAM berpuas hati dengan prestasinya.

“Antara kategori pemilihan calon ini, yang pertama mengenai pemahaman dia terhadap bola sepak Malaysia bermakna berkaitan pemain dan sebagainya serta pernah menguruskan pasukan kebangsaan di mana-mana negara.

“Dia juga perlu tahu siapa musuh Malaysia. Maksudnya kita akan bermain dengan pasukan ASEAN dan Asia, bukan kita nak bertemu negara luar di Eropah kerana sasaran kita ketika ini adalah untuk meningkat di Asia dan ASEAN serta beberapa elemen lagi,” kata Hamidin.

Kata Hamidin, ketika ini Pan Gon adalah pilihan terbaik daripada tiga calon akhir, namun mana-mana jurulatih yang dipilih sekalipun belum menjanjikan Malaysia melayakkan diri ke Piala Asia atau sebagainya.

Selain itu, Hamidin menjelaskan belum ada petunjuk prestasi utama (KPI) khusus ditetapkan kepada Pan Gon buat masa ini dengan jurulatih itu dijangka tiba pada bulan depan.

“Kita kena bagi peluang sebab (kontrak) dia ada dua tahun, dua tahun lagi kita akan tengok. Takkan saya nak letak KPI terus untuk ini tapi kita mengharapkan layak ke Piala Asia,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya