NS Antlers berhempas pulas tewaskan Perak Bison - Utusan Malaysia

NS Antlers berhempas pulas tewaskan Perak Bison

TEKONG Perak Bison, Anuwat Sombatdee (kiri) melakukan libasan ketika menentang Negeri Sembilan Antlers pada STL 2021/2022 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Negeri Sembilan Antlers mencatat kemenangan ketiga musim ini selepas menundukkan Perak Bison dalam saingan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 di Stadium Titiwangsa dekat sini sebentar tadi.

Skuad bimbingan Shahibol Mazlan itu menebus kehampaan semalam yang tewas kepada pasukan pilihan, ATM Guardians dengan meraih kemenangan 21-14, 22-24, 21-14.

APIT kanan NS Antlers, Muhammad Hafizul Hayazi Adnan (kanan) melakukan libasan ketika menentang Perak Bison dalam STL hari ini. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO

Perak yang kelihatan longlai sepanjang set pertama dimanfaatkan Negeri Sembilan yang terus memberikan tekanan kepada pertahanan perak sekali gus meninggalkan perak dengan jurang mata yang agak jauh.

Skuad seladang bangkit menewaskan Negeri sembilan di set kedua selepas kedua-dua pasukan itu mempamerkan persembahan yang sengit, namun kemenangan berpihak kepada Perak Bison.

Negeri Sembilan bagaimanapun tidak lagi memberi peluang kepada perak untuk bangkit di set penentuan apabila terus menamatkan permainan biarpun Perak cuba untuk bangkit memberikan saingan.

Negeri Sembilan Antlers akan berdepan pasukan tercorot liga, Johor Tigris esok pada pukul 3 petang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya