MU janji lunas gaji tertunggak dalam tempoh terdekat - Utusan Malaysia

MU janji lunas gaji tertunggak dalam tempoh terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Melaka United (MU) memberi jaminan akan melunaskan isu tunggakan gaji yang membelenggu dalam masa terdekat dan memohon pemain serta pegawai agar bersabar.

Memohon maaf atas apa yang berlaku, Melaka berkata, kelab kini dalam proses akhir penstrukturan semula daripada segi pentadbiran dan kewangan.

“Pihak pengurusan kelab memberi jaminan untuk menyelesaikan semua tunggakan dalam masa terdekat bagi memastikan perancangan Melaka United bagi tahun 2022 berjalan lancar.

“Kami menghargai kesabaran dan kerjasama daripada para pemain dan pegawai Melaka United. Sokongan semua pihak khususnya penyokong amat kami hargai,” kata kelab dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Terdahulu, Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) memberi tempoh sehingga 19 Januari ini untuk Melaka menyelesaikan isu tunggakan gaji.

Jika gagal, tindakan drastik akan diambil bagi menuntut hak pemain yang sudah memberi aksi terbaik sepanjang musim lalu termasuk membawa skuad Hang Tuah mara ke separuh akhir Piala Malaysia.

“Kami di PFAM ingin menyatakan solidariti kami kepada para pemain skuad utama Melaka United dan juga pemain skuad Piala Presiden Melaka United.

“Bagi makluman, tunggakan skuad utama adalah sebanyak tiga bulan dan tunggakan bagi skuad Piala Presiden adalah sebanyak dua bulan setengah.

“PFAM telah pun menghantar Notis Tuntutan kepada pengurusan Melaka United dan menggesa agar tunggakan dilunaskan selewat-lewatnya pada 19 Januari ini,” kata PFAM dalam satu kenyataan.

Jika gagal menyelesaikan isu gaji, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) boleh memotong mata, menyekat pendaftaran pemain baharu dan import untuk satu tempoh tertentu selain lesen pasukan juga boleh ditarik balik sekali gus berdepan halangan untuk beraksi dalam saingan liga atau diturunkan pangkat ke liga lebih bawah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya