Melaka dapat jurulatih Bosnia - Utusan Malaysia

Melaka dapat jurulatih Bosnia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Bekas jurulatih dari Bosnia-Herzegovina, Risto Vidakovic, 53, sah menjadi jurulatih baharu skuad bola sepak Melaka United FC (MUFC) menggantikan jurulatih tiga musim lalu, Zainal Abidin Hassan bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim 2022.

Pihak pengurusan MUFC ketika dihubungi Mingguan Malaysia mengesahkan mengenai perkara tersebut apabila bekas pemain Red Star Belgrade (1992-1994) itu telah bersetuju menerima tawaran untuk membimbing Melaka United.

“Vidakovic akan menandatangani kontrak setahun bersama pemain import serta barisan pemain skuad Sang Kancil pada satu majlis yang akan diadakan minggu hadapan.

“Sepatutnya majlis tersebut diadakan minggu lalu tetapi atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan, majlis memperkenalkan jurulatih, pemain tempatan dan import tidak dapat diadakan,” ujarnya.

Menurut jurucakap itu, Vidakovic yang sebelum ini dilamar menjadi jurulatih Borneo FC pada pertengahan Liga BRI 1 pada Oktober tahun lalu telah bersetuju menamatkan kontrak awal dengan kelab tersebut selepas menerima lamaran daripada Melaka United.

Jurulatih itu yang memulakan karier sebagai jurulatih pada 2009 antara kelab yang pernah mendapat khidmatnya ialah Ecija, Cadiz, Betis B, Motagua, Ceres-Negros, Maziya dan Borneo FC.

Sementara itu kata jurucakap itu, dua pemain import musim lalu yang kekal ialah Sony Norde dan Narcizo Adriano termasuk sepuluh pemain tempatan bakal membawa cabaran skuad Hang Tuah dalam saingan Liga Super, Mac ini.

Mereka yang kekal ialah penjaga gol, Norazlan Razali, tiga pemain Pertahanan iaitu Mohd. Akmal Md. Zahir, Wan Amirul Afiq Wan Abd Rahman dan Khairul Anwar Shahrudin.

Turut kekal musim ini tiga pemain tengah iaitu Mohd. Faris Shah Rosli, Hasbullah Abu Bakar dan Fakhrullah Rosli, dua pemain sayap ialah Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Faizal Talib serta penyerang, Hazim Abu Zaid.

Melaka turut mengikat bekas penyerang berbisa Selangor kelahiran Nigeria, Ifedayo Olusegun yang juga pemenang kasut emas dua musim berturut-turut. Pemain itu pernah menyarung jersi skuad Hang Tuah pada 2018.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya