Media sosial Zii Jia bertukar hitam - Utusan Malaysia

Media sosial Zii Jia bertukar hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beberapa jam selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan dia digantung dua tahun daripada sebarang kejohanan antarabangsa, Lee Zii Jia mencuri tumpuan apabila menukar gambar profil media sosialnya kepada hitam.

Simbolik sebagai ‘detik hitam’ dalam kariernya, gambar profil pemain No. 7 dunia itu di Facebook dan Instagram mendapat perhatian ribuan peminatnya yang menghujani ruangan komen.

“Jangan mengalah LZJ..rakyat Malaysia will support you, Kedah kita mai,” kata pemilik akaun Facebook, Wan Muhammad Asyraff.

“Banyak bersabar orang muda, mereka nak sekat rezeki awak tapi percayalah, positif akan mengatasi segalanya…berjuang untuk negara, bukan untuk mereka, ada jalan nanti,” kata Mohd Yahya Fadzli Jusoh.

“Seluruh Malaysia sentiasa bersama kamu,” kata Brandon Loo Zhe Yu dengan tanda pagar #StandForLZJ.

LEE Zii Jia turut mendapat sokongan daripada bekas pemain, Koo Kien Keat.

“Anda berhak mendapat semua kebahagiaan. Saya doakan yang terbaik untuk anda dan tidak kira apa yang berlaku, kami sentiasa di sisi anda dan menyokong anda sehingga penghujung hari. Tolong kekal kuat dan kembali lebih kuat daripada sebelumnya, bukti kepada pembenci bahawa mereka salah. Kami sayang awak,” tulis Naomi Teh.

“Kemana sahaja kamu pergi, saya akan sokong anda sehingga akhirnya,” kata Kelvin Yong.

Semalam, BAM dalam sidang akhbar mengesahkan, Zii Jia bersama seorang lagi bekas pemain kebangsaan, Goh Jin Wei tidak akan didaftarkan dalam sebarang kejohanan di bawah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selama dua tahun kerana tindakannya mahu meninggalkan skuad kebangsaan.

Baru berusia 23 tahun dan hanya menghadirkan kejuaraan All England kepada negara, keputusan pemain kelahiran Kedah itu mahu meninggalkan BAM dianggap akan memberi contoh tidak bagus kepada pemain-pemain muda lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.