Insiden bom di Tak Bai: Dua rakyat Malaysia cedera minta dipindah rawatan ke Kelantan - Utusan Malaysia

Insiden bom di Tak Bai: Dua rakyat Malaysia cedera minta dipindah rawatan ke Kelantan

MANGSA letupan bom Abdullah Syarapi Abd Rahman, 45, yang cedera dalam letupan bom di Tak Bai, Thailand mahu mendapatkan rawatan di Kelantan semasa menerima kunjungan Rusdi Mali di Hospital Narathiwat, petang tadi.-IHSAN ISOC 4
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT (THAILAND): Dua rakyat Malaysia yang cedera dalam letupan berhampiran Persimpangan Sapom Daerah Tak Bai di sini, pagi tadi, memohon untuk mendapatkan rawatan di Kelantan.

Perkara tersebut disuarakan kedua-dua mangsa iaitu Abdullah Syarapi Abd. Rahman, 45, dan Muhammad Yusri Udin, 38, semasa menerima kunjungan Penolong Setiausaha Agung Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC), Rusdi Mali, petang tadi.

Sumber Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) berkata, ketika ini kedua-dua mangsa sedang menerima rawatan di Hospital Ratchanakarin.

“Kami bekerjasama dengan Hospital Sungai Golok, yang berfungsi sebagai pusat penghubung, untuk memindahkan mereka ke Kelantan (Hospital Raja Perempuan Zainab II). Berkemungkinan pagi esok,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, dua rakyat Malaysia cedera selepas kenderaan pelbagai guna (SUV) dinaiki mereka terkena letupan bom buatan sendiri (IED) yang dipercayai ditanam di tepi jalan di Persimpangan Sapom, Daerah Tak Bai, di sini, hari ini.

Bagaimanapun identiti kedua-dua mangsa belum dikenal pasti dalam kejadian pukul 11.41 pagi itu waktu tempatan itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN