Masih mengharap ‘sinar’ import - Utusan Malaysia

Masih mengharap ‘sinar’ import

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun Thailand sudah mengarahkan semua pemain mereka menarik diri daripada Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022, namun Penang Black Panthers berharap masih ada sinar buat Aekasit Naphom menguatkan cabaran mereka.

Pengurus pasukan, Azlee Mahiudin tetap menunggu keputusan rasmi Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) me­ngenai status import, kurang seminggu sebelum STL membuka tirai, Jumaat ini.

“Kami sedang menunggu keputusan PSM dan sudah semestinya mahu menggunakan khidmat pemain import musim ini bagi memperkuatkan skuad yang ada.

“Bagaimanapun jika pemain import tidak dibenarkan, pasukan mempunyai perancangan lain dengan membawa masuk Danial Baharin (perejam) yang mempunyai pengalaman beraksi di STL,” katanya kepada ­Utusan Malaysia.

Mohd. Sumali Reduan

Jumaat lalu, Persatuan Sepak Takraw Thailand (TAT) melarang empat pemain mereka, Aekasit, Swatbanchan Seekhwa (Johor Tigris), Anuwat Sombatdee (Perak Bison) dan Kupithat Khatmimalan (Bomba Fighters) menyertai STL 2021/2022 selepas menerima amaran daripada Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf).

Sementara itu, PSM mengemukakan rayuan kepada Astaf untuk membenarkan penggunaan pemain import dalam sai­ngan musim ini selepas mengambil kira kejohanan baru kembali selepas ‘diserang’ Co­vid-19 tahun lalu, malah ini kali pertama penonton kembali ke stadium selepas dua tahun.

“Saya memohon dan me­rayu Astaf agar pemain import dibenarkan bermain di STL 2021/2022. Saya menyokong sepenuhnya kehadiran pemain import bagi memeriahkan lagi kejohanan ini.

“Saya menghormati Astaf selaku badan induk sepak takraw Asia dan sentiasa memberikan sokongan kepada Astaf dalam memajukan sukan Sepak takraw di rantau Asia khususnya.

“Saya berharap dan berdoa agar kemelut antara PSM dan Astaf dapat ditamatkan dengan segera supaya membuka lembaran baru kepada sukan sepak takraw di negara kita dan juga di peringkat antarabangsa,” kata Naib Pre­sidennya, Datuk Sumali Reduan.

STL 2021/22 akan membuka tirai di Stadium Titiwangsa pada Jumaat ini sehingga 26 Mac.

Ia juga akan berlangsung di Kelantan, Pulau Pinang, Perak dan Johor (Piala Juara-Juara).

Astro selaku penyiar rasmi dan rakan strategik PSM memaklumkan, siaran langsung STL akan ditayangkan di enam buah negara Thailand, Singapura, Vietnam, Filipina, Indonesia dan Hong Kong.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya