KL Thunder laung amaran awal - Utusan Malaysia

KL Thunder laung amaran awal

PASUKAN KL Thunder muncul juara Sumbangsih selepas menumpaskan Bomba Fighters dalam STL 2021/2022 yang membuka tirai malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kuala Lumpur (KL) Thunder membuktikan kehebatan mereka dengan menjulang trofi pertama musim ini selepas menundukkan Bomba Fighters dalam aksi Piala Sumbangsih di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur sebentar tadi.

KL Thunder yang mengandingkan Azlan Alias, Amirul Zazwan dan Syahir Rosdi selaku tekong ternyata bukan tandingan selepas mudah menewaskan juara Divisyen 1 musim lalu itu 21-7, 21-14.

Ketua pasukan, Amirul Zazwan berkata, kedua-dua pasukan masih mencari rentak permainanan dalam perlawanan malam ini, namun kemenangan memihak KL Thunder.

“Selepas hampir lebih setahun tidak beraksi, pasukan masih mencari rentak permainan tetapi kami berjaya memenangi perlawanan dengan adanya persefahaman yang kuat di antara pemain.

AKSI Kuala Lumpur Thunder menentang Bomba Fighters dalam perlawanan Sumbangsih merasmikan STL 2021/2022 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur malam ini. – SHIDDIEQIIN ZON

“Bagi saya, pada perlawanan pertama hari ini, kedua-dua pasukan masih belum menunjukkan prestasi sebenar dan kami sendiri banyak melakukan kesilapan.

“Pada perlawanan seterusnya, saya berharap pasukan dapat memberikan persembahan yang lebih baik,” katanya.

Juara Premier musim lalu itu menang mudah di set pertama selepas melakukan serangan demi serangan diketuai tekong tinggi lampai, Syahir Rosdi yang cemerlang dengan berjaya mengutip mata menerusi sepakan servisnya.

KL Thunder meneruskan momentum di set kedua apabila berjaya mengutip kemenangan walaupun diasak oleh Bomba Fighters.

KL Thunder membawa pulang trofi bersama wang tunai sebanyak RM5,000.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.