KL Thunder kembali dapat tenaga - Utusan Malaysia

KL Thunder kembali dapat tenaga

MAMPUKAH Selangor menjinakkan Harimau Kumbang malam ini?
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas mengharungi kempen tidak menentu musim ini, Kuala Lumpur (KL) Thunder mula mempamerkan ‘aura’ selaku juara berganda musim lalu apabila melakar kemenangan ketiga dengan menumpaskan Selangor Pistons 2-1 dalam Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 di Stadium Titiwangsa hari ini.

Anak-anak Mohd. Rashidi Nordin sudah melupakan kekalahan 1-2 kepada Penang Black Panthers dalam aksi pertama minggu kedua kelmarin apabila menumpaskan Pistons 21-16, 18-21, 18-21.

Biarpun merehatkan tekong utama, Syahir Rosdi, namun tugas tersebut digalas dengan baik oleh Ahmad Aizat Azmi yang menunjukkan keserasian dengan rakan-rakan sepasukan apabila meletakkan Thunder mendahului 21-16 di set pembukaan.

Bagaimanapun ‘drama’ STL tercetus di set kedua apabila pengurus Selangor Pistons, Syahril Rashid dilayangkan kad merah kerana membantah pengadil ketika pasukannya mengikat kedudukan 18-18 sebelum menang 21-18 untuk mengheret KL Thunder ke set penentuan.

KL Thunder yang mencari keputusan terbaik dalam misi kembali ke kelompok teratas liga diberi tentangan hebat di set penentuan, namun berjaya melepasi halangan getir ‘ubi muda’ Selangor untuk menang 21-18.

Ini adalah kemenangan kedua berturut-turut buat Thunder yang sebelum ini dipaksa berhempas pulas untuk menumpaskan Perak Bison 25-24, 13-21, 21-16 dalam perlawanan keempat semalam.

Biarpun memulakan musim baharu dengan muncul juara Sumbangsih selepas menumpaskan Bomba Fighters dalam aksi pembukaan, KL Thunder dikejutkan dengan kekalahan mudah 14-21, 11-21 kepada ATM Guardians pada perlawanan kedua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya