‘Kembalilah ke pangkuan PSM’ - Utusan Malaysia

‘Kembalilah ke pangkuan PSM’

AKRAMUDDIN Abdul Aziz (tiga dari kiri) bersama skuad Melaka Titans yang akan membawa cabaran STL Liga Divisyen Satu, Februari ini. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) masih berharap tiga persatuan negeri untuk kembali menyertai badan induk itu demi kebaikan sukan sepak takraw di negara ini.

Pemangku Presiden PSM, Datuk Akramuddin Abdul Aziz berkata, pintu masih terbuka buat Putrajaya, Selangor dan Sarawak kembali bernaung seperti mana dilakukan oleh lapan persatuan negeri yang sebelum ini turut keluar daripada badan induk itu.

Menurutnya, perbincangan sudah diadakan dan surat kepada persatuan terlibat sudah dihantar.

“Jangan fikir soal individu tetapi ini demi kebaikan bersama terutama sukan sepak takraw, bukan sahaja di peringkat negeri tetapi negara.

“PSM masih membuka pintu kepada tiga persatuan negeri untuk kembali semula ke pangkuan sebelum mesyuarat agung tahunan (AGM) pada 12 Februari ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Akramuddin yang juga Timbalan Presiden PSM mene­gaskan, jika tiga persatuan itu masih enggan menyertai badan induk semula, peluang presiden masing-masing untuk bertan­ding jawatan presiden PSM adalah tertutup.

Menurutnya, sesiapapun yang bakal menyandang kerusi nombor satu itu tidak menjadi isu utama, namun apa yang penting adalah perkembangan sukan tradisi tersebut.

Sementara itu dalam majlis memperkenalkan pemain Mela­ka Titans yang akan menyertai Liga Sepak Takraw (STL) Liga Divisyen Satu pada 1 hingga 6 Februari ini, Akramuddin berkata, sasaran skuad adalah untuk melangkah semula ke Liga Premier musim 2022 nanti.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Sepak Takraw Melaka (Pastam) berkata, kegagalan musim lalu tidak akan berulang selepas kecundang di peringkat separuh akhir dan terus kekal bersaing di Liga Divisyen Satu.

Melaka Titans menyenaraikan tujuh pemain yang akan memikul tanggungjawab besar memastikan pasukan itu tidak kecundang lagi dalam saingan kali ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.