fbpx

20 Mei 2022, 3:26 am

  TERKINI

Kemasukan penonton Liga M 2022 dijangka bertambah, namun mustahil stadium dibenarkan penuh

“Secara realistik saya tidak berfikir begitu (kemasukan penuh penyokong ke stadium) ­kerana bukan masa yang tepat dengan jumlah kes dan kewujudan virus Omicron tapi saya percaya akan ada penambahan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) optimis akan mendapat kebenaran menambah kehadiran penonton ke stadium pada kempen Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Bagaimanapun, untuk mengembalikan keadaan ­seperti sebelum Covid-19 adalah sukar disebabkan negara masih berdepan virus tersebut ditambah dengan kehadiran varian Omicron.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Stuart Ramalingam berkata, bagi musim 2022 pihaknya juga akan memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) baharu.

MFL ketika ini dalam usaha membentangkan SOP terbaik kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi mendapat kebenaran membawa masuk ­lebih ramai penyokong ke stadium, selain memastikan perjalanan Liga M berjalan lancar.

“Secara realistik saya tidak berfikir begitu (kemasukan penuh penyokong ke stadium) ­kerana bukan masa yang tepat dengan jumlah kes dan kewujudan virus Omicron tapi saya percaya akan ada penambahan.

“Ini bukan sahaja isu bola sepak tetapi isu kesihatan dan keselamatan.

“Kita akan sangat berharap suatu masa dan waktu yang tepat kita akan menerima kembali kehadiran penyokong yang dapat memenuhi stadium,” katanya.

Jumlah terbanyak penyokong yang hadir dalam saingan Liga M musim lalu adalah ketika final ­Piala Malaysia di Stadium Nasio­nal, Bukit Jalil pada 30 September lalu.

Aksi Kuala Lumpur City menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berjaya menarik kehadiran 20,000 penonton.

POPULAR

KOSMO! TERKINI