Keadaan di Chelsea amat sukar – Pulisic - Utusan Malaysia

Keadaan di Chelsea amat sukar – Pulisic

CHRISTIAN PULISIC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Christian Pulisic menjadi bintang terbaharu yang me­ngakui bergelut dengan kehidupan di Chelsea.

Pemain sayap bernilai 58 juta pound (RM327 juta) itu mendedahkan kesukaran mendapat tempat dalam kesebelasan utama di bawah pe­ngurus, Thomas Tuchel.

Pulisic yang dalam persiapan mengharungi tiga aksi kelayakan Piala Dunia 2022 bersama Amerika Syarikat (AS), bermula dengan menentang El Salvador hari ini berkata, dia tidak tahu bagaimana situasi di Stamford Bridge ketika ini.

“Sudah tentu akan ada turun naik setiap tahun, namun situasi sekarang bukanlah ke­adaan yang saya mahukan.

CHRISTIAN PULISIC

“Saya cuba untuk meneruskan kehidupan seperti biasa dan harap ia tidak menjejaskan ­prestasi bersama skuad kebangsaan.

“Apabila saya hadir untuk menggalas tugas antarabangsa, semua orang akan bertanya ‘bagaimana keadaan di Chelsea?’, tanya itu…ini, sukar untuk menjawabnya.

“Secara mentalnya, ia sentiasa bermain di fikiran saya setiap masa tetapi saya sentiasa teruja untuk berada dalam skuad kebangsaan dan mahu menikmati bola sepak secara umum.

“Ia sukar. Saya tidak selalu bermain di posisi yang saya mahukan tetapi saya fikir, kadang­kala ia bagus untuk menjadi serba boleh dan beraksi di semua jenis posisi serta memiliki kekuatan berbeza di atas padang,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya