Giliran Putrajaya Cyborg kejutkan NS Antlers - Utusan Malaysia

Giliran Putrajaya Cyborg kejutkan NS Antlers

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tidak lama  selepas Bomba Fighters mengejutkan Kelantan Warriors, giliran satu lagi pendatang baharu Liga Premier, Putrajaya Cyborg melakar kejutan pada kejohanan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/22 dengan menumpaskan Negeri Sembilan (NS) Antlers 2-1 sebentar tadi.

Naib juara Divisyen 1 musim lalu itu dipaksa berhempas pulas untuk melakar kemenangan kedua dalam saingan utama di Stadium Titiwangsa.

Dalam set pertama, Putrajaya tidak diberi laluan mudah oleh skuad rusa apabila menang tipis 21-19.

NS Antlers gagal mengekalkan prestasi ketika mengalahkan Kelantan semalam apabila tewas kepada Putrajaya Cyborg.

Negeri Sembilan bangkit memenangi set kedua  juga dengan keputusan 21-19.

Bertekad untuk membawa pulang dua mata penuh, Putrajaya beraksi lebih agresif dalam set penentuan untuk menang 21-14.

Ini kemenangan kedua Cyborg dalam empat perlawanan selepas mengejutkan Johor Tigris 2-0, kelmarin.

NS Antlers pula gagal mengekalkan prestasi cemerlang ketika mengejutkan Kelantan Warriors 18-21, 21-18, 21-14 semalam.

Kekalahan itu menyaksikan mereka berkongsi empat mata bersama Cyborg. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya