Gamel sah ganti Dollah - Utusan Malaysia

Gamel sah ganti Dollah

Christophe Gamel
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) akhirnya memilih Christophe Gamel sebagai jurulatih skuad Sri Pahang musim ini.

Bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan Fiji itu sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu kelab itu bagi saingan Liga Malaysia (liga M) musim 2022 menggantikan Dollah Salleh.

Sri Pahang sebelum ini turut mengintai Lim Teong Kim selain mengekalkan Dollah untuk mengemudi skuad Sri Pahang.

Bagaimanapun nama bekas jurulatih bawah 23 tahun itu lebih menonjol dalam program PBNP termasuk menghadiri majlis perjanjian tajaan jersi pasukan Pahang dengan syarikat Hakka yang bernilai RM1.3 juta baru-baru ini.

Pengumuman pelantikan itu menerusi hantaran di Facebook rasmi Sri Pahang FC semalam dan disahkan oleh pengurusan tertinggi pasukan Sri Pahang.

Menerusi video berdurasi 46 saat itu, jurulatih berasal Perancis berazam akan membalas kepercayaan yang diberikan pengurusan kelab.

“Saya akan berikan yang terbaik buat Sri Pahang terutama kepada pemilik dan Ahli Lembaga Pengarahnya.

“Banyak pengorbanan dilakukan pengurusan Sri Pahang dan perkara yang penting ialah mentaliti, disiplin, dedikasi untuk lebih bersemangat,” katanya.

Gamel, 50, diharap dapat menaikkan semula Sri Pahang musim ini selepas kelab itu menduduki tempat ke-10 Liga Super manakala sekadar menamatkan saingan Piala Malaysia di peringkat kumpulan musim lalu.

Ketika ini tugas utama jurulatih itu adalah memilih pemain selepas 14 pemain Pahang tidak disambung kontrak termasuk pemain import.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya