Bomba Fighters kejutkan Kelantan Warriors - Utusan Malaysia

Bomba Fighters kejutkan Kelantan Warriors

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pendatang baharu Liga Premier, Bomba Fighters akhirnya melakar kemenangan sulung dalam Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 dengan mengejutkan Kelantan Warriors 2-0 di Stadium Titiwangsa, di sini sebentar tadi.

Juara Divisyen 1 musim lalu itu
mempamerkan permainan tersusun di set pertama untuk menang selesa 21-14.

AKSI Kelantan Warriors (hijau) ketika menentang Bomba Fighters dalam saingan STL 2021/2022 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur hari ini.

Skuad bimbingan Ahmad Mohd. Zin itu terus mengganas apabila mengakhiri aksi menerusi kemenangan straight set 22-20.

Bomba mempamer peningkatan prestasi dalam pertemuan tersebut yang bukan sahaja mengejutkan pasukan pilihan Kelantan tetapi juga penyokong tegar negeri Pantai Timur tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya