Barty, Collins buat perhitungan akhir - Utusan Malaysia

Barty, Collins buat perhitungan akhir

Ashleigh Barty meraikan kejayaan menyingkirkan Madison Keys pada separuh akhir Terbuka Australia di Melbourne hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Ashleigh Barty muncul pemain tuan rumah pertama melangkah ke final tenis Terbuka Australia dalam tempoh 42 tahun selepas menyingkirkan Madison Keys di Rod Laver Arena hari ini.

Juara Wimbledon dan pemain No. 1 dunia itu menang mudah 6-1, 6-3 ke atas pencabar dari Amerika Syarikat (AS) tersebut, sekali gus menghampir misi muncul wanita Australia pertama – sama ada lelaki mahu pun wanita menang di Melbourne Park sejak Christine O’Neil (1978).

Peluang Barty, 25, untuk menjulang kejuaraan tampak cerah selepas tidak perlu berdepan juara Terbuka Perancis 2020 yang juga pemain No. 9 dunia, Iga Swiatek dari Poland dalam perlawanan akhir Sabtu ini.

Swiatek, 20, dikejutkan dengan kekalahan 4-6, 1-6 kepada pemain pilihan ke-27, Danielle Collins dalam satu lagi saingan separuh akhir, sebentar tadi.

DANIELLE Collins mengejutkan Iga Swiatek untuk melangkah ke final Grand Slam buat kali pertama.

Ini kali pertama Collins, 28, melangkah ke perlawanan akhir Grand Slam, kurang setahun selepas dia menjalani pembedahan endometriosis (ketumbuhan di rahim).

Barty muncul pemain wanita Australia pertama mara ke final di laman sendiri selepas Wendy Turnbull melakukannya pada 1980.

Dia juga mahu menambah koleksi kejuaraannya selepas sudah pun menghimpun gelaran Terbuka Perancis 2020 dan Wimbledon 2021 selain menang 10 perlawanan berturut-turut sebelum memasuki tahun 2022.

“Jujurnya, ia sangat mengagumkan. Saya gembira dengan aksi terbaik saya di sini.

“Bola agak perlahan pada malam ini dan berat sedikit pada tali. Saya cuba menyesuaikan diri dan melakukan seberapa banyak pukulan yang boleh bagi meletakkan Maddie dalam keadaan yang tertekan,” kata Barty yang akan mengekalkan kedudukan No. 1 dunia sekalipun tewas dalam perlawanan akhir nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya