ATM Guardians catat kemenangan kelima berturut-turut - Utusan Malaysia

ATM Guardians catat kemenangan kelima berturut-turut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Guardians terus mempamerkan aksi bertenaga apabila mengekalkan rekod tanpa kalah dalam perlawanan kelima Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 di Stadium Titiwangsa dekat sini sebentar tadi.

Naib juara premier musim lalu itu bagaimanapun terpaksa berhempas pulas sebelum meraih kemenangan ke atas Negeri Sembilan Antlers 21-15, 17-21, 21-12.

Negeri Sembilan Antlers kelihatan bergelut di set pertama untuk mendapatkan rentak dalam perlawanan itu apabila semua pertahanan dan serangan yang dilakukan dapat dipatahkan oleh ATM Guardians.

APIT kanan ATM Guardians, Muhammad Afifuddin Razali (kanan) melakukan hadangan ketika menentang Negeri Sembilan Antlers dalam Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur hari ini. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO

Bermula di set kedua, Negeri Sembilan menunjukkan kebangkitan apabila berjaya memperkemaskan serangan dengan memasukkan pemain gantian, Mohd. Hisham Mat untuk mengatasi ATM 21-17.

Tidak mahu menoleh kebelakang, ATM Guardians terus meninggalkan Negeri Sembilan 14-8 sebelum menamatkan perlawanan itu 21-12 selepas mempamerkan aksi lebih kemas ke atas pasukan lawan.

ATM Guardians akan menentang juara divisyen 1 musim lalu, Bomba Fighters esok pada pukul 5 petang dalam misi mencari kemenangan keenam berturut-turut musim ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya