West Ham pamer kebangkitan hebat tumbangkan Chelsea - Utusan Malaysia

West Ham pamer kebangkitan hebat tumbangkan Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: West Ham mempamer kebangkitan hebat untuk mengejutkan pendahulu liga, Chelsea 3-2, sekali gus menjadikan persaingan merebut gelaran Liga Perdana Inggeris semakin menarik.

Blues sedar kemenangan ke atas The Hammers di Stadium London akan menjarakkan kedudukan mereka kepada empat mata ke atas pencabar rapat, Manchester City.

Malangnya, West Ham bukan lawan yang mudah untuk dijinakkan, dan anak-anak buah Thomas Tuchel terpaksa akur dengan kekalahan kedua dalam saingan liga musim ini.

Tandukan Thiago Silva pada minit ke-28 memberi permulaan sempurna buat Blues.

THIAGO Silva memberi permulaan sempurna buat Chelsea dengan membuka jaringan pada minit ke-28.

 

Manuel Lanzini bagaimanapun menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti di minit ke-40 berpunca daripada kesilapan Jorginho yang membuat hantaran lemah ke belakang, memaksa penjaga gol, Edouard Mendy terpaksa menerjah Jarrod Bowen.

Seminit sebelum tamat babak pertama, Mason Mount kembali meletakkan Chelsea di depan menerusi sepakan voli.

Kegembiraan Blues bagaimanapun tidak bertahan laman. Hanya 11 minit selepas aksi separuh masa kedua bersambung, Bowen melakukan rembatan untuk tuan rumah menyamakan kedudukan 2-2.

Ketika permainan berbaki tiga minit untuk ditamatkan, Blues dihukum lagi selepas Arthur Masuaku menyudahkan hantaran silang.

Kekalahan liga pertama Chelsea selepas sembilan perlawanan membuka pintu buat City merampas kedudukan pendahulu jika mengalahkan Watford, awal pagi nanti.

Malah, Liverpool yang mengekori di tangga ketiga dengan dua mata di belakang turut berpeluang merampas takhta liga jika menewaskan Wolverhampton dalam aksi yang sedang berlangsung. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN