Verstappen sudah jadi toksik - Utusan Malaysia

Verstappen sudah jadi toksik

LEWIS Hamilton ketika meraikan kejayaan menjuarai Grand Prix Arab Saudi di Jeddah, minggu lalu, menewaskan Max Verstappen. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Lewis Hamilton menyelar Max Verstappen yang sanggup melakukan taktik kotor demi memenangi perlumbaan dan menggelarnya sebagai ‘toksik’ selepas menjuarai Grand Prix (GP) Arab Saudi semalan.

Kemenangan ketiga berturut-turut dan kelapan keseluruhan musim ini mengheret perebutan gelaran Formula Satu (F1) dunia ditentukan dalam perlumbaan terakhir di Abu Dhabi, Ahad ini.

Hamilton berdepan detik cemas apabila melanggar belakang kereta Verstappen sebelum memenangi perlumbaan 50 pusingan itu, sekali gus mengikat kedudukan pemandu dunia dengan 369.5 mata.

“Kita semua tahu bagaimana hendak berlumba tetapi hanya ada ­seorang daripada kami tidak tahu.

‘Saya tidak mendapat maklumat (Verstappen diarah me­nyerahkan kedudukan) tetapi dia sangat mengelirukan. Sekejap dia mengundur dan kemudian bergerak. Saya seperti ‘adakah dia mahu bermain taktik gila?’

“Tiba-tiba dia menekan brek dengan kuat sehingga saya hampir ‘memanjat’ belakang kere­tanya.

INSIDEN yang menyebabkan Max Verstappen dikenakan penalti di Jeddah semalam.

“Bagi dia, tidak mengapa jika kami berdua tidak menamatkan perlumbaan kerana dia sudah mendahului.

“Memang menarik untuk melihat apa akan berlaku nanti (di Abu Dhabi),” kata Hamilton.

Pemandu Mercedes dari Bri­tain itu akan merangkul kejua­raan dunia kali kelapan jika me­ngatasi Verstappen di Abu Dhabi.

Bagaimanapun jika kedua-dua pelumba gagal mengutip sebarang mata pada perlumbaan penutup musim, gelaran dunia akan menjadi milik Verstappen yang mengumpul sembilan kemenangan.

Kata Hamilton, 36, ketika ini amat penting buatnya kekal bertenang dan menggunakan pengalaman untuk cuba memenangi perlumbaan terakhir.

Verstappen, 24, menamatkan perlumbaan di Jeddah di tangga kedua dengan 11.825 saat (s) di belakang Hamilton.

Dia dikenakan penalti lima saat ekoran pelanggaran dengan pemandu Mercedes itu sebelum menerima penalti 10s lagi.

Sementara itu, rakan sepa­sukan Hamilton, Valtteri Bottas mengatasi pelumba Alpine, ­Esteban Ocon untuk menduduki tempat ketiga, sekali gus memberikan Mercedes kelebihan 28 mata dalam kejuaraan pengeluar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.