Thailand, Indonesia berentap dalam final Piala AFF - Utusan Malaysia

Thailand, Indonesia berentap dalam final Piala AFF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Thailand menyingkirkan juara bertahan, Vietnam untuk melangkah ke perlawanan akhir bola sepak Piala AFF buat kali kelapan, sebentar tadi.

Turun dengan reputasi sebagai juara terbanyak kejohanan iaitu lima kali, skuad Gajah Perang mara secara agregat 2-0 selepas seri tanpa jaringan dengan Vietnam dalam separuh akhir kedua di Stadium Nasional, Singapura.

Thailand berjaya mengekang tekanan hebat  Vietnam untuk meneruskan misi memburu kejuaraan keenam.

Kemenangan itu bermakna, skuad bimbingan Alexandre Polking akan membuat perhitungan dengan Indonesia dalam perebutan gelaran.

Final Piala AFF akan berlangsung secara dua peringkat pada 29 Disember dan 1 Januari.

Indonesia terdahulu mara selepas menyingkirkan tuan rumah, Singapura menerusi agregat 5-3 semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya