Selepas merungut tak dapat makan babi, Vietnam mengadu lokasi latihan 'diintip mata-mata' - Utusan Malaysia

Selepas merungut tak dapat makan babi, Vietnam mengadu lokasi latihan ‘diintip mata-mata’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Selepas merungut kerana tidak disediakan makanan daging babi, jurulatih Vietnam, Park Hang Seo buat hal lagi.

CNN Indonesia melaporkan, kali ini beliau mahu pihak jawatankuasa Piala AFF 2021 dan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) menjaga ketat lokasi pasukannya menjalani latihan.

Pasukan itu menjalani latihan di Hougang United selama saingan Piala AFF 2021.

Vietnam menganggap tempat latihan itu kurang ideal kerana terletak di kawasan padat penduduk.

Keadaan itu membuatkan Hang Seo bimbang.

Dipetik dari The Thao Van Hoa, jurulatih asal Korea Selatan itu meminta lokasi sekitarnya dikawal ketat sepanjang pasukan Vietnam menjalani latihan.

“Jurulatih ingin semua aktiviti mengenai pasukan Vietnam saat menjalani latihan menjadi rahsia.

“Jika ada aktiviti jurugambar atau video dikesan, pasukan Vietnam akan langsung melaporkan hal itu ke jawatankuasa AFF 2021 dan AFF,” tulis media Vietnam tersebut.

Sebagai juara bertahan di Piala AFF, Hang Seo bimbang strategi permainan pasukannya bocor ke pihak lawan.

Pasukan itu sebelum ini merungut kerana menu yang disediakan oleh tuan rumah kepada Vietnam tidak menyediakan hidangan daging babi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya