Pemain tenis remaja negara raih empat gelaran antarabangsa - Utusan Malaysia

Pemain tenis remaja negara raih empat gelaran antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pemain remaja negara, Mitsuki Leong menjulang empat gelaran dalam Kejohanan Tenis Remaja Dunia Thailand, Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) di Nonthaburi, Thailand, baru-baru ini.

Mitsuki, 17, menjuarai acara perseorangan dalam tiga Kejohanan iaitu ITF J5 yang pertama (16-20 November), ITF J4 (30 Novembed-4 Disember), ITF J4 (7-11 November) dan muncul juara beregu J5 (23-27 November).

Menurut Presiden Persatuan Lawn Tenis Perak (PLTP), Fazwil Abdul Wahid, Mitsuki diiringi bapa yang juga jurulatih peribadinya, Jeff Leong sepanjang kejohanan empat minggu berturut-turut itu.

“Ini adalah pencapaian yang sangat membanggakan untuk negeri Perak dan negara,” kata Fazwil.

Selain Mitsuki, adik perempuannya yang berumur 14 tahun berjaya hingga ke peringkat separuh akhir dalam kejohanan J4 yang terakhir.

Dengan kemenangan merangkul empat gelaran, ini menaikkan ranking ITF Mitsuki ke tangga ke-340 remaja Dunia. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya