Naga Emas janji lebih garang menentang Harimau Malaya - Utusan Malaysia

Naga Emas janji lebih garang menentang Harimau Malaya

PEMAIN Vietnam menjalani latihan menjelang pertemuan menentang Malaysia di Singapura esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas menumpaskan Laos 2-0 dalam perlawanan pembukaan Piala AFF, Isnin lalu, Park Hang-seo berjanji, Vietnam yang turun sebagai juara bertahan akan tampil lebih garang apabila menentang Malaysia esok.

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu berkata, berdepan Harimau Malaya, lawan yang dikalahkan dalam final tiga tahun lalu sering memberi kesukaran buat skuad Naga Emas dan mereka perlu menampilkan aksi lebih baik jika enggan ‘terluka’.

PARK HANG-SEO

Malaysia juga berada pada prestasi terbaik ketika ini biarpun dibayangi kehilangan empat tonggak akibat positif Covid-19 apabila menumpaskan Kemboja 3-1, diikuti Laos 4-0 dalam dua perlawanan pertama Kumpulan B.

“Kita semua tahu, menentang Malaysia ibarat bermain dalam perlawanan akhir. Kami perlu memberi aksi terbaik tetapi saya tidak bercadang untuk menukar taktik (berbanding ketika mengalahkan Laos.

“Saya menonton dua perlawanan mereka di peringkat kumpulan. Apa yang boleh saya katakan, kami harus memberikan 100 peratus jika mahukan keputusan yang baik,” kata Hang-seo.

Hang-seo, 64, berkata, kemenangan 2-0 ke atas Laos dianggap baik memandangkan mereka kehilangan beberapa pemain akibat kecederaan ketika beraksi pada kelayakan Piala Dunia 2022 dan perlu menyesuaikan semula posisi pasukan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN