Kedah sambar empat bekas pemain Harimau Kumbang - Utusan Malaysia

Kedah sambar empat bekas pemain Harimau Kumbang

Khairu Azrin Khazali
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) ‘menyambar’ empat bekas pemain Harimau Kumbang bagi menjadi taruhan mereka untuk memperkuatkan barisan pertahanan dan tengah selain menambah ‘kelajuan’ di bahagian sayap pasukan itu, musim depan.

Menerusi pengumuman dibuat di laman rasmi KDA FC, empat pemain tersebut adalah Amer Azahar, Azmeer Aris, Al-Hafiz Harun dan Khairu Azrin Khazali yang turut dikenali sebagai ‘Acong’.

Al-Hafiz merupakan pemain yang berasal dari Sik dan aksi lincah individu berusia 27 tahun itu mendapat perhatian banyak pihak ketika beraksi di bahagian sayap buat Pulau Pinang sejak 2019.

Al-Hafiz Harun

Pengalaman dimiliki Amer Azhar, 26, serta Khairu Azrin Khazali, 30, pula diharap mampu menjadikan jentera tengah KDA FC menjadi lebih ampuh pada musim depan.

Sebelum ini Khairu Azri pernah beraksi bersama beberapa pasukan dalam liga tempatan antaranya PKNS FC, Melaka United, Terengganu, Felda United FC sebelum memilih bersama Pulau Pinang sejak dua musim lalu.

Manakala Azmeer Idris pula yang baru berusia 22 tahun, memiliki ciri diperlukan Aidil Sharin Sahak untuk digilap bagi menampung kekurangan pemain dimiliki KDA FC di bahagian pertahanan kiri.

Selain empat pemain baharu itu, KDA FC turut mengumumkan penyerapan tiga pemain muda dari skuad Piala Presiden ke skuad senior iaitu Fikhri Zulkiflee, Kamil Akmal dan Afeeq Iqmal.

Selain itu, beberapa pemain sedia ada turut diumumkan untuk terus kekal bersama KDA FC iaitu Fayadh Zulkifli, Ariff Farhan, Asnan Ahmad, Aiman Afif, Fadzrul Danel, Loqman Hakim dan Azammuddin Akil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN