JAKARTA: Polis Daerah Metro Jaya mula menyiasat laporan yang difailkan oleh bekas isteri Bambang Pamungkas, Amalia Fujiawati, terhadap suaminya itu atas dakwaan pengabaian anak.
CNN Indonesia melaporkan, Ketua Perhubungan Awam polis, E Zulpan berkata, pihaknya telah menerima laporan itu atas nama Amalia Fujiawati.
Dalam kes itu, polis akan mula memanggil Amalia sebagai pengadu untuk siasatan awal dan penjelasan kes pada 16 Disember ini.
Beliau menyebut, bekas pemain bola sepak kelab Persija itu didakwa atas tuduhan pengabaian anak.
Zulpan bagaimanapun belum dapat memberikan butiran lanjut berhubung kes itu kerana pihaknya baru menerima laporan.
“Jadi laporan sudah diterima, minggu depan akan diperiksa,” katanya.
Sebelum ini, Bambang pernah didakwa oleh Amalia ke Mahkamah Syariah Kelas 1A Jakarta Selatan pada 18 Mac lalu berhubung status dan hak anak.
Pada masa itu, peguam Amalia menjelaskan bahawa kes itu bermula dengan penceraian kedua mereka pada penghujung Disember 2020.
Bagaimanapun, penceraian itu hanya secara lisan atau talak tiga jadi ia belum disahkan di mahkamah.
Bepe, panggilan untuk Bambang, dikatakan berkahwin dengan Amalia pada 2018 dan melahirkan seorang anak.
Ketika saman difailkan, Amalia dikatakan hamil anak kedua Bambang.