Melaka FC hanya belanja bawah RM6 juta

Melaka FC hanya belanja bawah RM6 juta

MOHD. Ali Mohd. Rustam dan Nur Azmi Ahmad bergambar bersama pemain Melaka FC yang akan bersaing dalam Liga Super Musim 2025-2026 selepas Majlis Pelancaran Rasmi Jersi Baharu Melaka FC dan memperkenalkan pemain di Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Melaka FC hanya berbelanja bawah RM6 juta termasuk menambat tujuh pemain import iaitu empat dari Brazil, dua dari Filipina dan seorang dari Nigeria bagi mengharungi cabaran Liga Super Musim 2025-2026.

Pemilik Melaka FC, Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pasukan itu tidak perlu mengikut jejak langkah beberapa pasukan pilihan yang berbelanja besar mendapatkan barisan pemain ternama seperti Johor Darul Ta’Zim (JDT) FC, Kuala Lumpur City FC, Sabah FC dan Selangor FC.

Katanya, Melaka FC meminimumkan perbelanjaan secara berhemah untuk pembayaran gaji pemain dan pegawai pasukan sebulan dua kali yang telah disediakan untuk tempoh setahun.

“Mungkin ada pasukan lain terperanjat dengan perbelanjaan Melaka FC bawah RM6 juta mengharungi Liga Super musim ini tetapi ini adalah realitinya. Bagi saya yang penting gaji pemain dan pegawai dibayar mengikut perjanjian yang telah mereka persetujui iaitu sebulan dua kali.

“Ada pemain yang datang ke Melaka kerana pasukan diwakilinya tidak bayar gaji beberapa bulan, tahun lalu dan mereka bersyukur kita bayar gaji ketika belum menandatangani kontrak,” katanya pada Majlis Pelancaran Rasmi Jersi Baharu Melaka FC dan memperkenalkan pemain disempurnakan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam di sini, semalam.

Nur Azmi berkata, walaupun pasukan itu tidak mempunyai pemain Harimau Malaya atau import bergelar bintang, Melaka FC dijangka mampu menggegar saingan liga apabila membuka tirai perlawanan menentang Penang FC di Stadium Hang Jebat, Rabu ini.

“Saya yakin barisan pemain yang dilatih jurulatih, K.Devan akan mencorakkan barisan mantap membuka tirai kempen pertama berdepan Penang FC, perlawanan ini amat penting kerana bermain di gelanggang sendiri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN