Gerrard positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Gerrard positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengendali Aston Villa, Steven Gerrard bakal terlepas dua perlawanan Liga Perdana Inggeris selepas dijangkiti Covid-19, umum kelab itu.

“Aston Villa mengesahkan Ketua Jurulatih Steven Gerrard tidak dapat bersama kami dalam dua perlawanan Liga Perdana menentang Chelsea dan Leeds United kerana perlu mengasingkan diri selepas diuji positif Covid-19,” umum kelab di Twitter.

Gerrard akan terlepas aksi ‘Boxing Day’ di laman sendiri menentang Chelsea hari ini, diikuti kunjungan ke Leeds pada Selasa jika perlawanan itu diteruskan mengikut jadual.

Aksi terakhir Aston Villa di laman sendiri bertemu Burnley dibatalkan sebelum sepak mula pada 18 Disember selepas lonjakan kes positif di kem Villa.

Tiga daripada perlawanan Liga Perdana yang dijadual hari ini juga sudah ditunda, termasuk kunjungan Leeds ke Liverpool kerana penularan virus berkenaan dan masalah kecederaan.

Perlawanan Villa di Elland Road pada 28 Disember juga menimbulkan tanda tanya sama ada boleh diteruskan atau tidak. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya