Fred beri permulaan sempurna buat Rangnick - Utusan Malaysia

Fred beri permulaan sempurna buat Rangnick

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Jaringan cantik Fred memberi permulaan sempurna buat Ralf Rangnick selepas Manchester United menumpaskan Crystal Palace 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, sebentar tadi.

Rangnick yang memulakan tugas pertamanya sebagai pengurus sementara buntu selepas pasukannya sukar menembusi benteng Palace yang ‘degil’ ketika permainan berbaki 12 minit untuk ditamatkan.

Bagaimanapun rembatan kaki kanan Fred dari luar kotak penalti gagal ditepis penjaga gol lawan, Vicente Guaita untuk memberikan tiga mata berharga buat United.

Kemenangan itu memastikan Red Devils masih tidak kalah dalam empat perlawanan sejak pemecatan Ole Gunnar Solskjaer.

Mereka juga mendaki ke kedudukan keenam liga dengan hanya tiga mata dipisahkan dari pasukan tangga keempat, West Ham.

Palace yang mengalami kekalahan ketiga berturut-turut jatuh ke tangga ke-12. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya