Cukuplah empat orang sahaja positif Covid - Utusan Malaysia

Cukuplah empat orang sahaja positif Covid

PEMAIN Malaysia menjalani sesi pemulihan di hotel penginapan mereka di Singapura semalam selepas menentang Laos dalam saingan Piala AFF kelmarin. – IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Siapa selepas Faisal Halim, Khairulazhan Khalid, Akhyar Rashid dan Quentin Cheng memberi debaran hebat buat pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menjelang aksi bertemu Vietnam dalam aksi Kumpulan B Piala AFF esok.

Cheng Hoe berkata, ketia­daan keempat-empat tonggak negara itu susulan positif Covid-19 menyebabkan Malaysia semakin ‘mengecil’ kepada 19 pemain, sekali gus menjejaskan persiapan untuk mengharungi perlawanan ketiga di Stadium Bishan, Singapura nanti.

Tambah Cheng Hoe, beliau berharap virus tersebut tidak lagi merebak memandangkan pertemuan dengan skuad Naga Emas akan menentukan hala tuju Harimau Malaya dalam kempen kali ini.

AKHYAR Rashid beraksi cemerlang dalam aksi pembukaan Piala AFF menentang Kemboja.

“Benar ketika ini kami kekurangan empat pemain yang diarah menjalani kuarantin ekoran Covid-19 dan kami tidak mahu ada pemain lain disahkan positif memandangkan ujian calitan dilakukan setiap hari.

“Mengenai persoalan kenapa kami membawa 24 pemain sudah saya jelaskan sebelum ini tetapi situasi yang melanda kem negara ketika ini adalah di luar jangkaan.

“Saya harap baki 19 pemain lagi kekal positif untuk harungi aksi bertemu Vietnam nanti,” kata bekas jurulatih Kedah itu dalam sidang akhbar, semalam.

Sementara itu, Cheng Hoe turut mengesahkan seorang lagi pemain, Dion Cools akan me­lapor diri selepas aksi menentang Vietnam kerana masih memiliki komitmen bersama Midtjylland.

Mengulas permulaan baik Malaysia apabila menundukkan Kemboja 3-1 dan Laos 4-0, Cheng Hoe berkata, anak-anak buahnya nyata sudah bersedia berdepan ujian sebenar menentang Vietnam, esok.

“Saya berpuas hati dengan dua kemenangan yang diraih meskipun tidak sempurna. Mereka dilihat agak gugup pada awal perlawanan pemain,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN