13 pasukan sepak takraw berentap dalam Sukan Perak 2021 - Utusan Malaysia

13 pasukan sepak takraw berentap dalam Sukan Perak 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sebanyak 13 pasukan akan berentap dalam acara sepak takraw pada Sukan Perak (Super) edisi 2021 yang akan berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris, (UPSI) Tanjung Malim mulai hari ini.

Pasukan itu terdiri daripada 12 daerah iaitu Kuala kangsar, Muallim, Perak Tengah, Kinta, Bagan Datuk, Hulu Perak, Kampar, Kerian, Hilir Perak, Larut Matang & Selama, Manjung, Batang Padang serta pasukan Sukan Malaysia (Sukma) Perak.

Penyelaras Kejohanan, Roaznizam Aziz berkata, kejohanan dijalankan untuk kategori bawah 25 tahun.

Menurutnya, pertandingan dijalankan secara berpasukan iaitu dua regu trio dan satu regu beregu.

Katanya, setiap regu wajib menurunkan seorang pemain bawah 20 tahun.

“Empat pemain liga Sepak Takraw Kebangsaan (STL) juga akan beraksi dalam kejohanan dua hari itu.

“Mereka adalah Meor Mohamad Zulfikar Mat Amin, Azwan Muhrim, Amirul Ramadhan dan Asyraaf Hadi,” katanya.

Menurutnya, pasukan Sukma perak juga turut dibarisi pemain yang bermain di STL 202O yang dipinjamkan kepada pasukan lain iaitu Najmi Shahfiq (Johor Tigris), Madzrul Aziq (Penang Blackpanthers) dan Alhafiz (Perak Bison).

Roaznizam menjangkakan pertandingan sengit dan menarik berikutan penyertaan mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya