'Saya tiada kaitan dengan syarikat beli Perak FC’ - Utusan Malaysia

‘Saya tiada kaitan dengan syarikat beli Perak FC’

AHMAD FAIZAL AZUMU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan beliau ada kaitan dengan syarikat yang membeli Perak FC.

“Wallahi Wabillahi Watallahhi, saya tidak ada kena mengena dengan syarikat yang mengambil alih Perak FC,” katanya ketika ditemui pada Program Derma Darah Perak Foodbank Bersama Kiwanis Jelapang semalam.

Ahmad Faizal mengulas dakwaan warganet kononnya be­liau yang merupakan bekas Pre­siden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) adalah individu di belakang syarikat Impact Media Communications Sdn. Bhd. (IMC), yang membeli saham Pafa dalam Perak FC.

Bekas menteri besar Perak itu mengingatkan pemilik Perak FC bahawa rakyat dan penyokong menaruh harapan yang besar untuk melihat pasukan Perak bangkit dengan kejayaan.

“Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada IMC yang te­lah memiliki Perak FC.

“Saya dan seluruh penyokong bola sepak Perak sudah tentu akan memberi sokongan berte­rusan.

“Jagalah pasukan ini dengan baik dan pastikan pemiliknya melakukan perkara yang betul demi kepentingan pasukan,” ­katanya.

Sebelum ini, Pafa mengumumkan IMC sebagai pemilik baharu Perak FC selepas 100 peratus pegangan saham badan induk itu dijual kepada syarikat berkenaan.

Pemangku Presiden Pafa, Datuk Muhammad Yadzan Mohammad berkata, keputusan itu diambil selepas melihat kesungguhan syarikat ber­kenaan bagi proses pengambilalihan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya