Ronaldo sedia ‘mengamuk’ - Utusan Malaysia

Ronaldo sedia ‘mengamuk’

CRISTIANO Ronaldo meledak gol pertama Manchester United ketika menentang Tottenham dalam aksi Liga Perdana Inggeris, Sabtu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kelibat Cristiano Ro­naldo sekali lagi menjadi tum­puan apabila Manchester United kembali ke pentas Eropah de­ngan bertandang ke Itali untuk menentang Atalanta esok.

Selepas mengharungi kempen buruk dalam Liga Perdana Inggeris, kemenangan 3-0 ke atas Tottenham kelmarin menaikkan moral pemain dan mengurangkan tekanan pengurus, Ole Gunnar Solskjaer.

Ronaldo juga akan mengharungi aksi di Stadium Gewiss dengan bersemangat selepas menamatkan kemarau jaringan dengan meledak voli hebat, selain melakukan umpanan untuk gol kedua Edinson Cavani.

Biarpun berdepan pelbagai kritikan, kepulangan bintang Portugal itu ke Old Trafford sebenarnya cukup mantap apabila meledak empat gol dalam tujuh perlawanan Liga Perdana.

CRISTIANO Ronaldo (tengah) berganding baik dengan Edinson Cavani ketika Manchester United membenam Tottenham 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris kelmarin.

Dia juga membawa impak dalam Liga Juara-Juara dengan dua kali menjaringkan gol dra­matik ketika menentang Villarreal dan Atalanta bagi membawa United ke puncak Kumpulan F.

“Saya tahu, pasukan juga memerlukan bantuan saya di benteng tapi peranan utama saya adalah membantu kelab meraih kemenangan dan meledak gol. Ia (bertahan) sebahagian daripada tugasan.

“Orang yang tidak melihat perkara itu adalah mereka yang tidak menyukai saya, tapi saya berusia 36 tahun, sudah memenangi semuanya, jadi apakah saya perlu bimbang dengan kata-kata mereka?,” katanya.

Kelmarin, Ronaldo digan­dingkan dengan Cavani buat kali pertama, dan Solskjaer me­lakukan perubahan formasi kepada 3-5-2 yang dilihat jawapan kepada aksi lesu Red Devils.

Begitupun Cavani berdepan isu kecederaan menjelang pertemuan dengan Atalanta dan tidak pasti dapat diturunkan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.