Kedah settle, Perak, Sarawak bila lagi? - Utusan Malaysia

Kedah settle, Perak, Sarawak bila lagi?

TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gembira isu tunggakan gaji pemain Kedah telah selesai, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu Perak dan Sarawak United pula mengikuti jejak skuad Hijau Kuning.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) menerusi Instagram (IG) menyuarakan rasa gembira kerana Kedah yang dianggap antara lawan terkuat JDT dalam Liga Malaysia (Liga M) akhirnya melangsaikan tunggakan dua bulan gaji, dua hari sebelum ke­dua-dua pasukan bertemu pada suku akhir Piala Malaysia semalam.

Tunku Ismail turut berkongsi tangkap layar perbualannya dengan ketua pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar yang membalas mesejnya dengan menulis ‘gaji semua settle dah tengku’.

All the best Kedah, Alhamdulillah dah dapat gaji. Harap semua pemain OK. Good luck dan Insya-Allah perlawanan terbaik.

“Selepas ini Perak FC dan Sarawak (United) FC,” tulis TMJ menerusi IG story.

ANTARA komen Tunku Ismail yang dimuat naik dalam Instagram.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan skuad Hijau Kuning berdepan cabaran getir sebelum bertemu JDT di suku akhir pertama Piala Malaysia apabila didakwa gagal melunaskan dua bulan gaji pemain.

Bukan itu sahaja, bonus kemenangan yang dijanjikan juga tidak dibayar beberapa bulan hingga mencecah 12 perlawanan.

Keadaan tersebut dikhua­tiri menjatuhkan moral skuad dikendalikan Aidil Sharin Sahak menjelang pertemuan dengan di Stadium Darul Aman.

Bagaimanapun, Kedah melunaskan dua bulan gaji pasukan pada sebelah petang dan malam, dua hari sebelum perlawanan tersebut.

Kedua-dua pasukan akan berentap dalam suku akhir kedua di Johor, Khamis ini.

Dalam masa sama, TMJ turut menghubungi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor bagi mendapatkan pengesahan lanjut berhubung perkara tersebut.

“Salam Dato. Gaji dah bayar? Bagus. Kebajikan pemain atau rakyat harus kita jaga. Well done. Jaga diri dan jaga kesihatan. Kalau nak diet hubungi, saya ajar,” kata TMJ.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya