LONDON: Pemain England dan Manchester City, Jack Grealish dikatakan bermain kayu tiga apabila telah keluar temu janji sulit dengan dua orang selebriti iaitu Amber Gill dan Emily Atack.
Amber adalah bintang realiti Love Island sementara Amber adalah bintang dalam The Inbetweemers.
Grealish yang sudah mempunyai teman wanita, Sasha Attwood sejak mereka berumur 16 tahun baru-baru ini dilaporkan telah “terpikat” dengan bintang The Inbetweeners, Emily selepas bertemu di rumahnya di London dan sebuah hotel lima bintang di Manchester.
Dan kini, dia telah didakwa terpikat dengan Amber dan mereka dikatakan telah mengadakan beberapa pertemuan rahsia.
Bagaimanapun, bintang realiti berusia 24 tahun itu dikatakan terluka kerana memikirkan mungkin ada ‘pertindihan’ antara tarikh janji temunya dan Emily.
Menurut The Sun, Amber memberitahu rakan: “Saya ingin menghubungi Emily dan mengetahui sama ada terdapat sebarang pertindihan.”
Sumber itu mendakwa Grealish dan Amber mula-mula berhubung antara satu sama lain di media sosial dan terus bertemu.
“Dia jelas sangat teruja mengenainya, dia memberitahu rakan-rakannya, tetapi selepas berita tentang Jack dan Emily keluar baru-baru ini semuanya terasa kurang glamor,” kata mereka.
“Ia bukan satu hubungan yang serius, hanya sekadar mengisi masa bersama beberapa kali, tetapi sekarang dia merasakan seolah-olah mungkin Jack telah berhubung dengan beberapa gadis sekali gus dan itu sangat mengecewakan baginya. Dia sangat menyukainya.”
Mirror telah menghubungi wakil Jack dan Amber untuk mendapatkan komen.
Ia berlaku selepas dilaporkan bahawa teman wanita Jack, Sasha – yang mana mereka telah berpacaran sejak berusia 16 tahun – memberi ‘kata dua’ kepada bintang England itu berhubung janji temunya dengan Emily.
Difahamkan model berusia 25 tahun dan pempengaruh media sosial itu hanya mengetahui apa yang berlaku sejurus selepas kemenangan England 5-0 kelayakan Piala Dunia ke atas Albania baru-baru ini.
Selepas mengetahui tentang janji temu rahsia Jack dengan Emily, sumber mengatakan Sasha memberitahu pemain bola sepak itu untuk memilih antara Emily dan dia.