Hafizul letak syarat untuk kekal bersama Perak - Utusan Malaysia

Hafizul letak syarat untuk kekal bersama Perak

Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kapten Perak, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy akan kekal bersama pasukan The Bos Gaurus itu jika Pengurus Besar, Azman Noh dan pengurus pasukan, Rashidi Rahim masih bersama pasukan itu tahun depan.

Pengakuan itu dibuat oleh Kapten Perak itu yang telah memberi komitmen kepada Pengurus Besar dan pengurus pasukannya itu.

“Itu janji saya kepada mereka sebelum ini tetapi dengan perkembangan baru dalam pasukan Perak, saya kena lihat dan kaji semula keputusan saya itu.

“Segalanya bergantung kepada hasil pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif ( CEO) baharu,” katanya di sini hari ini.

Menurut Hafizul, dia masih menimbang tawaran daripada pasukan Liga Super iaitu Pulau Pinang.

Penjaga gol berpengalaman itu berkata, pasukan Pulau Mutiara itu kini sedang menunggu keputusan daripadanya.

Hafizul, 28, menerima tawaran dari pasukan lain saban tahun tetapi hatinya nyata kuat terpahat bersama pasukan The Bos Gaurus.

Bagaimanapun, dengan pelbagai kemelut yang melanda Perak musim ini terutama tunggakan gaji dan tersingkir ke Liga Perdana, tiada ada apa yang mampu menghalang pemain-pemain Bos Gaurus daripada angkat kaki tahun depan.

Ini ditambah dengan tindakan melantik CEO baharu pasukan, ramai pemain tidak akan teragak-agak berpindah jika mendapat tawaran pasukan lain.

Setakat ini, dua pemain iaitu Azri Ghani dan Adib Raof sudah dipancing pasukan lain dan ramai lagi pemain muda pasukan Yob juga mungkin memilih haluan berbeza jika Perak FC tidak bertindak segera. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya